ABM UTARA

TENTANG KAMI



Pengenalan

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn.Bhd. merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan pada 18 Jun 1998 di bawah Akta Syarikat 1965. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Akademi Binaan Malaysia (Perak) Sdn.Bhd. dan ditukar nama kepada Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn. Bhd. pada 10 Februari 2001 atau lebih dikenali sebagai ABM Utara.


Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat CIDB Holding Sdn. Bhd. yang dimiliki sepenuhnya oleh CIDB Malaysia. Sebelum pembukaan kampus di Sintok, ABM Utara mula   beroperasi di tapak sementara terletak di Lot 1687, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah. Pembukaan kampus ABM Utara di Sintok adalah pada Januari 2007.


Akademi Binaan Malaysia adalah agensi latihan & akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang bertanggungjawab terhadap industri pembinaan negara bagi melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang dilengkapi dengan kesesuian kemahiran, standard, kecekapan, kualiti dan produktiviti.


ABM Utara adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan negara, dan selaras dengan peruntukan dalam akta 520, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan negara supaya merekaboleh menyumbangkan ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa depan.



Misi

Mengukuhkan dan memperluaskan peranan sebagai institusi penilai dan penyedia latihan berkualiti sumber manusia industri pembinaan.


Visi

 Menjadi peneraju pembangunan sumber manusia industri pembinaan.



Matlamat ABM

1.)  Melahirkan  lebih  ramai  pekerja binaan tempatan yang mahir
      dan separuh mahir supaya dapat mengurangkan pergantungan
      negara kepada tenaga pekerja asing.

2.)  Menyediakan kursus-kursus kemahiran binaan yang lebih
      tersusun  dan  diiktiraf,  dijalankan  oleh  tenaga  pengajar
      profesional yang berpengalaman luas dan terlatih.

3.)  Melahirkan  tenaga  kerja  binaan  yang  produktif, mempunyai
      kesedaran terhadap keselamatan, berorentasi kualiti dan cekap
      bagi memenuhi keperluan industri pembinaan yang semakin
      pesat berubah.

4.)  Menyediakan peluang kepada pekerja binaan untuk
      mempertingkatkan  tahap  kemahiran  mereka  dari
      masa ke semasa.

5.)  Menyokong   industri    pembinaan   mencapai   daya   saing
      dengan menyediakan tenaga kerja binaan yang mempunyai
      tahap kemahiran sewajarnya bagi mengendalikan teknologi
      pembinaan yang semakin canggih.

6.)  Membangun dan merintis laluan mengekspot tenaga kerja
      pakar  yang  terlatih untuk  menjalankan kerja pembinaan
      di luar negara.

7.)  Menjalankan program akreditasi kemahiran.


--------------------------------------------------------------------------------------------------
Maklumat Kampus
--------------------------------------------------------------------------------------------------


Ketua Pegawai Eksekutif

Mohd Nazri Bin Hj. Zakaria

Status Kampus

Kampus tetap

Lokasi

- Terletak di Sintok, Kedah.
- Perkhidmatan pengangkutan awam adalah dengan teksi dan bas.

Keluasan Kampus

Lebih kurang 60 ekar

Kapasiti Pelatih

700 orang

Kemudahan Infrastruktur

- Blok bengkel dilengkapi bilik kuliah
- Bilik Simulator dan Makmal Komputer
- Bilik Seminar
- Auditorium
- Blok bangunan asrama Lelaki dan Perempuan
- Dewan Makan VVIP & Pelatih
- Surau
- Kafeteria
- Kemudahan beriadah dan berekreasi

Cawangan ABM Wilayah Utara


a. ABMW Utara Cawangan Pulau Pinang
9-G & 9-2, Jalan Dagangan 13,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tel  : 04 - 576 7578
Fax : 04 - 576 7996

b. ABMW Utara Cawangan Perak
Lot 15582, Jalan Besar Lumut Port,
Industrial Park Kampung Acheh,
Lumut 3200 Setiawan, Perak.
Tel  : 05-691 0800
Fax : 05-691 0800


 

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd (No. 199801008106 | No. 464233-X)
telah dianugerahkan Persijilan ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 ABMS