Program Belia
Terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 35 tahun yang telah tamat belajar, Program ini bertujuan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Pelatih yang berjaya menamatkan latihan yang disediakan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB (SKK) yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir.
Program Personel
Terbuka kepada semua pekerja binaan yang sedia ada yang mahir bertaraf warganegara daripada berumur 18 – 55 tahun. Latihan kemahiran yang disediakan menggunakan modul latihan yang menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( NOSS ) yang setaraf dengan standard kemahiran antarabangsa. Pekerja binaan yang berjaya menamatkan latihan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka.
Terdapat 10 bidang bagi Program Latihan Kompetensi Kemahiran Industri Pembinaan:
Proses Permohonan Latihan Kompetensi Kemahiran
Berikut adalah proses permohonan latihan kompetensi kemahiran (Program Belia / Personel)
Laluan Latihan & Prospek Kerjaya Bidang Pembinaan
Berikut adalah laluan latihan pelatih ABM untuk menuju kerjaya dalam industri pembinaan