PENGENALAN
Program Perantisan Industri Pembinaan adalah merupakan satu program yang dibangunkan oleh CIDB selaras dengan inisiatif di bawah Teras 3 – Produktiviti berdasarkan Pelan Transformasi Industri Pembinaan – CITP (2016-2020). Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada perantis mempraktikkan kemahiran yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar dengan pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman. Dalam melaksanakan hasrat ini peranan majikan dalam menyediakan penempatan kepada perantis untuk memulakan kerjaya sebagai seorang pekerja binaan adalah amat penting bagi merealisasikan pelaksanaan Program Perantisan.
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada perantis mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran dalam industri
- Meningkatkan peluang kebolehpasaran perantis
- Meningkatkan penyerapan tenaga kerja tempatan dalam industry pembinaan
KATEGORI/KUMPULAN SASARAN
KURSUS/TRED YANG DIBERIKAN KEUTAMAAN
KATEGORI BIDANG PERANTISAN
- Terbuka kepada warganegara Malaysia tidak melebihi 35 tahun
- Pelatih yang telah menamatkan latihan kemahiran di mana-mana Akademi Binaan Malaysia (ABM)
- Memperolehi Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK)
TEMPOH PROGRAM :
3 BULAN
INSENTIF KEPADA MAJIKAN :
01 Bidang Kemahiran Binaan : RM 800 Perantis/Bulan
FAEDAH KEPADA MAJIKAN
- Meningkatkan bilangan tenaga kerja tempatan yang kompeten dan profesional
- Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing
- Memperoleh mata CCD sebanyak 10 mata/perantis dengan jumlah maksima 40 mata bagi satu sesi pengambilan
FAEDAH KEPADA PERANTIS
- Peluang untuk mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar
- Meningkatkan peluang kebolehpasaran perantis
- Mempercepat dan meningkatkan penyerapan pelatih kemahiran atau graduan ke dalam industri
PEGAWAI ABM UTARA YANG BOLEH DIHUBUNGI BAGI PROGRAM PERANTISAN: