Terbuka kepada golongan belia berusia antara 16 tahun keatas yang telah tamat belajar. Program ini bertujuan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Pelatih yang berjaya menamatkan latihan yang disediakan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengiktiraf mereka sebagai pekerja mahir. Program latihan belia ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan tenaga kerja tempatan ke dalam industri pembinaan supaya negara dapat mengurangkan pengantungan kepada tenaga kerja asing.
PROGRAM LATIHANKOMPETENSI KEMAHIRAN PERSONEL BINAAN
Latihan kemahiran yang disediakan menggunakan modul latihan yang menepati Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( NOSS ) yang setaraf dengan standard kemahiran antarabangsa. Pekerja binaan yang berjaya menamatkan latihan akan diberikan Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB yang mengesahkan kemahiran mereka.
Mengikut Akta 520, CIDB telah menetapkan supaya semua kerja binaan yang memerlukan kemahiran perlu dijalankan oleh pekerja binaan mahir. Ini adalah untuk memastikan supaya pekerja yang menjalankan kerja tersebut benar-benar merupakan pekerja mahir, CIDB mewajibkan mereka menjalani ujian akreditasi.
Untuk di akreditasi, pekerja binaan perlu membuat pendaftaran di pejabat-pejabat CIDB atau ABM yang berhampiran. Selepas itu, pekerja binaan perlu mengambil ujian kecekapan ditempat-tempat yang telah ditetapkan. Sekiranya pekerja binaan gagal dalam ujian akreditasi yang dijalankan,CIDB akan membenarkan mereka menjalani program latihan kemahiran yang akan ditaja sepenuhnya oleh CIDB.
PROGRAM ‘CUSTOMISED’
Akademi Binaan Malaysia mampu mengendalikan pelbagai program latihan mengikut keperluan khusus serta spesifikasi kontraktor secara individu di tempat dan masa yang sesuai bagi memastikan peningkatan kemahiran berkaitan secara berterusan seperti yang diperlukan oleh Industri Pembinaan Malaysia.
Kursus SICW atau Kad hijau ( safety card ) adalah kad jaminan untuk pekerja binaan untuk memasuki tapak binaan. Kad ini juga berfungsi sebagai insurans untuk melindungi pekerja binaan jika mengalami kemalangan. Kad ini berfungsi 24 jam dan diseluruh dunia. Pembayaran RM50 dikenakan untuk pengaktifan selama 2 tahun.
PROGRAM HRDF
Program Human Resource Development Funds (HRDF) adalah satu program dimana pihak ABM Wilayah Utara menawarkan kursus kepada syarikat yang mencarum dengan HRDF.
PROGRAM PERANTISAN
Program ini bertujuan untuk mempertemukan pelatih lepasan Akademi Binaan Malaysia (Wilayah Utara) dengan majikan/syarikat yang berpotensi dan menepati syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh CIDB, dan dalam masa yang sama membantu majikan/syarikat mendapatkan pekerja tempatan, bertaraf pekerja mahir dan kompeten, serta telah memenuhi segala keperluan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan untuk bekerja di dalam industri.