Apakah ABMS
Komitmen Akademi Binaan Malaysia (Utara) dalam menjayakan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) ISO 37001:2016 adalah untuk mencegah rasuah dan memastikan bahawa orang yang bertindak bagi pihak ABM Utara juga mematuhi dasar anti-rasuah yang ditetapkan oleh ABM Utara.
Selain itu, penglibatan pihak ketiga seperti konsultan, pembekal atau rakan kongsi secara tidak langsung akan terlibat dalam pematuhan dasar anti-rasuah yang diwujudkan dengan memberikan komitmen mereka melalui pematuhan semua peraturan yang ditetapkan oleh ABM Utara.
Rasuah dalam konteks Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) membawa maksud memberi atau menawarkan, menerima atau meminta atau setuju untuk menerima atau meminta suapan secara langsung atau tidak langsung sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Pihak ABM Utara komited untuk mempraktikkan tadbir urus terbaik melalui pengurusan risiko rasuah secara terancang demi memberikan perkhidmatan yang cekap dan berintegriti kepada pihak berkepentingan di samping memastikan kawalan serta penambahbaikan dijalankan secara strategik dan berterusan.
Faedah ABMS Kepada Industri


Polisi Anti-Rasuah
Polisi Anti Rasuah Akademi Binaan Malaysia (Utara) ini diwujudkan bagi menerangkan dasar ABM Utara mengenai peraturan serta larangan terhadap sebarang aktiviti berbentuk rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Polisi ini juga adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan lain-lain akta serta peraturan yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa. Melalui Polisi ini, ianya dapat membentuk satu hala tuju yang jelas di kalangan pegawai dan kakitangan ABM Utara untuk bersama-sama dalam usaha membanteras jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
Polisi ABMS ini juga sebagai tanda komitmen pegawai dan kakitangan ABM Utara dalam menambahbaik Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR), memantapkan kecekapan tadbir urus dan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, telus dan amanah.
Dengan diterajui oleh Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) yang berwibawa, bebas, berautoriti, SPAR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan berupaya untuk menggalakkan pemberian maklumat secara telus pada tahap perlindungan maklumat yang tinggi tanpa kebimbangan yang melampau terhadap tindakan balas.
Sekiranya polisi ini diabaikan atau tidak dipatuhi dengan berkesan, tindakan menurut tatatertib ABM Utara atau hukuman mengikut undang-undang boleh dikenakan tanpa ragu sebagai peringatan kepada warga kerja ABM Utara.
Pertanyaan & Laporan
- Laporkan Aduan ke :
- Datang terus ke Jawatankuasa Anti Rasuah
- Telefon ke 04-924 2200
- Secara bertulis dan dihantar sama ada dengan tangan, pos atau emel ke alamat berikut:
a) Jawatankuasa Anti RasuahAkademi Binaan Malaysia UtaraLot 2991 & 2992 Jalan Sintok Padang Sanai Mukim Temin,06010 Sintok, Kedah.