ABM UTARA

Program Induksi Keselamatan Pekerja Tapak Binaan (SICW) (Green Card)

 

Apakah Tujuan Kad Pendaftaran Personel Binaan?

Ini adalah satu program bersepadu yang melibatkan pendaftaran dan akreditasi Personel Binaan untuk meningkatkan tahap keselamatan di tapak kerja pembinaan.

Kenapa Perlu Mendaftar Kad Pendaftaran Personel Binaan?

- Memastikan pekerja binaan menyedari kepentingan tempat kerja yang selamat dan sihat
- Menyediakan pengetahuan asas tentang keselamatan dan kesihatan di tapak binaan
- Memaklumkan pekerja binaan tentang keperluan undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan
- Para peserta akan diberikan Kad Hijau dan dilindungi secara automatik oleh Skim Insurans khas yang menginsuranskan Personel Binaan terhadap kematian dan kemalangan
- Peserta akan menghadiri kursus induksi keselamatan ini selama 8 jam.







 

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd (No. 199801008106 | No. 464233-X)
telah dianugerahkan Persijilan ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 ABMS