ABM UTARA

Monday, November 10, 2014

PERMOHONAN KURSUS SECARA ' ONLINE '



Akademi Binaan Malaysia adalah agensi latihan & akreditasi CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) yang bertanggungjawab terhadap industri pembinaan negara bagi melatih dan mengeluarkan tenaga mahir yang dilengkapi dengan kesesuian kemahiran, standard, kecekapan, kualiti dan produktiviti.


 ABM Utara adalah sebuah badan yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri pembinaan negara, dan selaras dengan peruntukan dalam akta 520, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia untuk mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan negara supaya merekaboleh menyumbangkan ke arah peningkatan daya saing industri ini pada masa depan.


Misi

Mengukuhkan dan memperluaskan peranan sebagai institusi penilai dan penyedia latihan berkualiti sumber manusia industri pembinaan.

Visi

 Menjadi peneraju pembangunan sumber manusia industri pembinaan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


- Oleh itu kami mengalu-alukan pada semua belia dan personel binaan yang berminat untuk menyertai kursus latihan pembinaan di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara untuk membuat permohonan secara ' Online' di SINI.

- Anda boleh menyemak senarai kursus yang terdapat di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara di www.abmutara.com.my. (Lihat gambar dibawah)




















- Untuk memohon Kursus Secara 'Online' sila klik pada bahagian PERMOHONAN. Isi borang permohonan kursus yang dipaparkan dengan maklumat yang betul dan pihak ABM UTARA akan menghubungi anda untuk pengesahan dan kemasukan.













 

Akademi Binaan Malaysia (Utara) Sdn Bhd (No. 199801008106 | No. 464233-X)
telah dianugerahkan Persijilan ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 ABMS