ABMU

Kad Hijau CIDB



- KURSUS INDUKSI KESELAMATAN CIDB -

PROGRAM KAD HIJAU CIDB
1. Pendahuluan
Personel Binaan yang memiliki Kad Hijau yang sah akan diberikan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan berkelompok CIDB. Pelan ini adalah merupakan satu bentuk perlindungan berdasarkan konsep Hibah (Pemberian/Hadiah) yang mana pembayaranya tertakluk kepada budi bicara dan pertimbangan CIDB. Ianya bertujuan untuk memberi sumbangan kepada personel binaan yang ditimpa kemalangan atau kepada keluarga (penama) jika berlaku kematian. Ianya juga adalah selaras dengan dasar kerajaan dalam mewujudkan budaya masyarakat penyayang dan prihatin.


2. Skop Perlindungan
Perlindungan ini terhad kepada pemilik Kad Hijau yang mencapai umur genap 16 tahun hingga genap 65 tahun sahaja. Masa perlindungan adalah 24 jam (termasuk luar waktu bekerja) dan meliputi seluruh kawasan di dunia.
 Amaun Manfaat adalah seperti berikut:
SKOP MANFAAT                           AMAUN MANFAAT (RM)
Kematian (Akibat Kemalangan)                 21,000.00
Kematian (Akibat sakit)                                 3,000.00
Belanja Pengkebumian                                   500.00
Keilatan Kekal (Akibat Kemalangan)       18,000.00
Keilatan Kekal Seluruh Badan (Akibat Sakit) 3,000.00
Manfaat Wad Hospital (Akibat Kemalangan) (maksima)    25.00/hari (maksima 30 hari)

3. Syarat-syarat Tuntutan manfaat Perlindungan
- Tuntutan dibuat oleh Pemilik/Penama yang sah menggunakan Borang UPPT-1 dengan lengkap.
- Tuntutan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kejadian.
- Kejadian/ kemalangan berlaku semasa Kad Hijau masih sahlaku dan umur dari 65 tahun.
-  Kejadian berlaku bukan akibat dari pemilik Kad Hijau melanggar mana-mana peruntukan perundangan Negara atau mana-mana Negara.
4. Penutup
Pemegang Kad Hijau dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan baik semasa bekerja ataupun di luar waktu bekerja.
Pihak CIDB berhak menolak mana-mana permohonan yang diragui atau tidak memenuhi syarat-syarat tuntutan.
Pemilik Kad Hijau boleh berkursus kemahiran PERCUMA!! dengan Akademi Binaan Malaysia.
*Berminat untuk berdaftar sila hubungi kami...
Maklumat Lanjut Email Kepada Kami  : support@abmutara.mine.nu / abm.utara@gmail.com





 

Akademi Binaan Malaysia (Utara) telah dianugerahkan Persijilan ISO 9001:2008

RAKAN KERJASAMA :